Sunday, 22 January 2017

SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) - UMW CORPORATION - UMW TOYOTA MOTOR SDN BHD





Assalamualaikum semua. 

Terus kepada topic utama kita iaitu Skim Latihan 1Malaysia ataupun SL1M. SL1M merupakan usaha sama GSCs dan juga government dalam memberi peluang dan ruang untuk para graduan memasuki dunia pekerjaan. Pendek kata maca internship ataupun  latihan industri.

Sebenarnya tamat sahaja pengajian, Sheera kerja sementara sebagai kerani kat Seremban, Sambil sambil tu juga, usha la kerja kerja tempat lain. Dapat panggilan interview SL1M TNB tapi sayangnya tak pergi sebab fikir jauh nak ke sana hahahaha. So, seterusnya dapat interview SL1M MAHB (Malaysia Airport Holding Berhad). I went there and terus dapat immediate confirmation untuk join MAHB. Allowance offered by MAHB only RM1000. Susah ah nak survive sebab kat area KLIA sana mana nak dapat rumah sewa memurah kan kan. So, Sheera pilih untuk abaikan saya tawaran itu.
Dan tak lama kemudian, Sheera dapat interview SL1M UMW Toyota. So, pergi sana dari Seremban ke Shah Alam naik train bersama sama 'Iffah. Sheera selalu travel dari Seremban ke Shah Alam, so tak ada lah kekok ke apa. Dan lagipun sebelum ni pernah belajar kat Shah Alam dalam 2 tahun macam tu. So, no big deal la for me hahahahaha. Okay, berlagak!

Masa interview tu, ada IQ test dan facetime interview. Sheera pun dah lupa apa yang dorang tanya. Tapi masa tu dorang interview kita untuk certain position. Sebab kat Toyota ni, dorang dah ada department yang memerlukan orang untuk isi kekosongan sama ada sementara atau full time macam tu. Pendek kan cerita, Sheera dapat la masuk SL1M ni haaaa. 

UMW ni nama besar. Bawah UMW ada banyak lagi department ataupun division. Contoh macam, Sheera bawah UMW Toyota. Ada juga yang bawah UMW Oil and Gas, UMW Equipment, UMW Advantech, UMW Manufacturing and Engineering and etc.

Sebelum memulakan on job training kat department masing masing. korang kena belajar segala soft skill, dengar ceramah itu ini dan semua laa yang macam orientation tu ha. Latihan dalam kumpulan tu semua selama 3 minggu kalau tak silap. Lupa nak bagitahu, program ni hanyalah 4 bulan sahaja. 3 weeks for soft skill and etc dan the rest 3 months tu untuk on job training. Semua soft skill and etc ni diadakan di UMW Corporation Section 15. 


Dan seterusnya selepas tamat sahaja semua soft skill tu, barulah korang masuk on job training. Mesti nak tahu peluang pekerjaan kan? Okay, rezeki Sheera tak ada kat situ sebab Sheera berada di bawah Industrial Relation (HR Deparment)  dan memang bukan apa yang Sheera belajar masa di universiti dulu. Position tu ada vacant satu, iaitu Executive Industrial Relation. Dan namanya Industrial Relation, mestilah kena ada law kan hahaha. Sheera belajar masa asasi je pun law. Tu pun basic hahahahahaha. So, Sheera tak habiskan pun SL1M tu, Sheera quit dan sekarang dah dapat kerja tempat lain. Alhamdulillah dah dapat permanent pun. Macam kawan Sheera, namanya Jay. Dia diserap masuk dalam Toyata. Dia pun bahagian HR juga. Tapi bawah Benefit. Kebetulan ada kosong dan dia pun perform baik, dapat la kat dia. Benefit Section ni lebih kepada sistem. Dan lagipun dulu dia belajar HR masa kat UPNM. Dan dia juga pernah undergone SL1M Sime Darby. Quit after 9 months sebab tak dapat apa apa position, the he joined this programme. Nasib dia baik, dia dapat kerja kat Toyota. So, peluang kerja ada tak? Yup, ada. Cumanya bergantung kepada kekosongan dan juga rezeki kita. 

** Kawan kawan Sheera masa belajar dulu ada juga join SL1M Celcom, SL1M UEM, SL1M Maybank. Yang SL1M Celcom tu, insha Allah bulan March ni dapat permanent. Yang SL1M Maybank tu dapat offer contract staff insha Allah hujung bulan ni**.

Lupa nak cakap, allowance kat sini RM1500. Cuti 4x sahaja dalam masa 4 bulan. Lain lain benefit pun ada juga, tapi Sheera dah lupa hahaha. Haa lagi satu, kalau korang undergo SL1M, korang boleh minta pelepasan untuk interview kalau korang dapat panggilan interview dari mana mana pun. Sebab SL1M tak janjikan 100% dapat kerja kan, so dorang takkan halang korang untuk interview. Dari duk goyang kaki, membesarkan badan ja, baik join SL1M.

Okay, cukuplah setakat ni. Semoga entry kali ini dapat bagi ilmu sedikit sebanyak kat korang untuk SL1M ni ya. 

Bye!