Monday, 4 February 2013

NO PREPARTION YET


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Lebih kurang 3 minggu lagi Shira akan ke UiTM. Tak lama dah kan? Tapi satu benda pun tak siap lagi. Tak tahu lah, cuma rasa macam tak excited pun nak p sana. Barang-barang pun tak beli lagi. Rasanya pakai barang yang ada je lah dulu, barang-barang masa asasi pun ada lagi. Ingat nak bawak je bakul dengan baldi yang hari tu, tapi Abah pulak cakap, tak payahhh. Tinggal je kat rumah. Beli je lain.

PTPTN pun tak sentuh lagi. Tak beli pin pun lagi, tak bukak akaun SSPN-i lagi, tak itu tak ini. Pasal Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) yang RM1500 pulak, ramai yang nasihatkan supaya jangan pergi tebus cheque . Sebabnya nanti dorang akan tolak dari akaun kita. Maksud Shira, tolak dari pinjaman kita sebanyak RM500 dari semester 2, 3, 4. Kena bincang dengan Umie dengan Abah dulu pasal ni, takkleh main hentam je. Shira ada jugak apply untuk Wang Ehsan dan bantuan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Kalau dapat la kan, boleh laa guna untuk degree nanti. Boleh la kurangkan sedikit beban. Hehe.

Semua dah maju sekarang !

Dan part yang paling rasa mencabar ialah Minggu Destini Siswa (MDS). Ya Allah, tersangat-sangat tak suka MDS. Kene rushing pergi sana sini, lepas tu akak- akak MDS agak garang-garang, ada je yang dorang tak puas hati. Tapi tak boleh salahkan dorang, kami ramai masa tu, dorang tak ramai, nak kena handle itu ini memang penat. Member- member Shira yang lain dapat tempat lain, bukan Shah Alam. Mesti tak best. Tapi apa boleh buat, itu TAKDIR. Mana boleh melawan takdir. Cuma kadang- kadang terasa rindu dekat member-member asasi dulu. Rindu gilaaaaa kat depa semua.

Dah kering idea ni, so better sampai kat sini jelah dulu. Hehehe. Senyum gedik. Assalamualaikum, bye-bye :)


Friday, 1 February 2013

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Guess what? Yahooo! Shira dapat jugak pursue degree kat UiTM nanti. Suka sangat-sangat. Dapat pulak course yang Shira nak iaitu Administrative Science. Alhamdulillah. Walaubagaimana pun, Shira takde banyak info sangat pasal course ni. Yang Shira tahu course ni cool. Haha. Akan tetapi, yang tak best pun ada jugak bila Shira dapat Kampus Seremban 3, Negeri Sembilan. Shira nak Shah Alam. Yang lagi tak best, bila kampus sementara (transit) Shira kat Shah Alam. Kenapalah UiTM tak bagi je Shira duk Shah Alam. Kene transit bagai. Transit tu pindah la kan. Pindah-pindah ni tak best, tak cool. Abah pun macam tak berkenan bila Shira dapat Negeri Sembilan. Dan lagi satu, dah puas google pasal Kampus Seremban 3 ni, tapi tak jumpa-jumpa. Ada satu artikel Utusan Malaysia, 2009 dan katanya masa tu baru dalam perancangan nak buat kampus tu. Sekarang dah 2013 kot, tak siap lagi eh? Bila bukak portal UiTM Negeri Sembilan, kat situ hanya ada link ke Kampus Melang. 



Banyak benda yang nak kena prepare ni. Tapi yang paling penting ialah kena persiapkan diri dengan memotovisikan diri. Cukup sampai setakat ni jelah dulu, hehe. Assalamualakum