Friday, 1 February 2013

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Guess what? Yahooo! Shira dapat jugak pursue degree kat UiTM nanti. Suka sangat-sangat. Dapat pulak course yang Shira nak iaitu Administrative Science. Alhamdulillah. Walaubagaimana pun, Shira takde banyak info sangat pasal course ni. Yang Shira tahu course ni cool. Haha. Akan tetapi, yang tak best pun ada jugak bila Shira dapat Kampus Seremban 3, Negeri Sembilan. Shira nak Shah Alam. Yang lagi tak best, bila kampus sementara (transit) Shira kat Shah Alam. Kenapalah UiTM tak bagi je Shira duk Shah Alam. Kene transit bagai. Transit tu pindah la kan. Pindah-pindah ni tak best, tak cool. Abah pun macam tak berkenan bila Shira dapat Negeri Sembilan. Dan lagi satu, dah puas google pasal Kampus Seremban 3 ni, tapi tak jumpa-jumpa. Ada satu artikel Utusan Malaysia, 2009 dan katanya masa tu baru dalam perancangan nak buat kampus tu. Sekarang dah 2013 kot, tak siap lagi eh? Bila bukak portal UiTM Negeri Sembilan, kat situ hanya ada link ke Kampus Melang. 



Banyak benda yang nak kena prepare ni. Tapi yang paling penting ialah kena persiapkan diri dengan memotovisikan diri. Cukup sampai setakat ni jelah dulu, hehe. Assalamualakum



No comments:

Post a Comment