Wednesday, 30 January 2013

DAN HARINYA AKAN TIBA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Harinya akan tibaaaa. Seriously rasa sangat berdebar. Sape yang tak berdebar, ni perihal masa depan kot! Emotional semacam kenapa pulak. Sengau minah ni. Sigh*. Dari tadi tak henti-henti bersin. Ada resdung, lepas tu sengaja menggedikkan diri p makan ketam. Tapi nasib baik la resdung Shira tak serius. Cuma bersin je. Lepas tu tubuh tiba-tiba jadi panas sebab kurang air. Shira beruntung gilaaaa sebab takde jerawat yang resdung tu. Berlagak lah kan. Haha. Pipi tak licin mana pun. Jeragat tu ada lah jugak. Haha. Pecah tembelang. Tapi takpe, nanti kang hilang jugak jeragat tu. Pandai-pandailah Shira cari petua. Google je, semua dihujung jari. Hehe. 

Dah lari tajuk ni nampaknya. Well, kalau yang dah baca previous post, mesti korang dapat teka kan. Ceh, berlagak blog ramai follower. Senget betul. Nak tahu? Hari yang Shira tunggu-tunggu dah nak sampai lah weyyyy. Jan 31, 2013. Hari penentuan. Ya Allah semoga dapat lah apa yang dihajati tu. Semakan tawaran ke UiTM bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi Mac 2013 boleh disemak pada 31/1/2013, Khamis ni. Tak sabar  sangat. Tapi berdebar pun ada. Sangat berdebar. Kencang gilaaa dup dap dup dap. Macam tunggu result final exam je. Makin berdebar apabila member-member semua text, lepas tu tanya pasal benda ni. Dorang pulak yang terlebih prihatin. Haha.




 Dua tiga hari lepas, Shira ada usha pasal Ijazah Sarjana (Kepujian) Sains Pentadbiran (Administrative Science) dan jupa lah satu blog. Tapi owner blog tu ambik diploma, so dia banyak cerita pasal diploma. Walaubagaimanapun, banyak jugak info yang Shira dapat. Info yang paling gempak ialah, kerjaya untuk course ni sangat luas dan boleh jadi lawyer jugak. Lawyer. Lawyer. Cecece. Budget nak jadi lawyer. Masa asasi pun terkapai-kapai dilautan luas yang terbentang. Course ni ada subjek accounting jugak, tapi Shira tak sure sangat tentang apa yang dorang specific kan dalam subjek accounting tu. Dulu masa SPM, saya dapat A tuk Prinsip Akaun. Okayy kau budget minah. Orang lain dapat A+, takde pun kecoh macam kau! Tak kisahlah dapat course apa pun, cuma yang penting ialah nawaittu kita adalah untuk belajar. Lepas tu tolong parents, bahagiakan dorang sama macam dorang bahagiakan kita. Shira ada satu impian. Impiannya ialah nak hantar Umie dengan Abah ke Mekah, buat haji. Shira dah pakat-pakat dengan adik-adik Shira, kalau lah kami dah kerja, dah ada duit, kumpul sama-sama lepas tu bagi Umie dengan Abah untuk tunaikan haji. Kalau nak tunggu duit Tabung Haji, mesti lambat. Hehe. Tapi kita tak tahu apa yang menanti kita dihadapan. Kita hanya merancang dan Allah yang akan menentukan. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Amin Ya Rabbal Alamin. 
Assalamualaikum. 


No comments:

Post a Comment