Assalamualaikum semua. Budget ramai followers. .errr?
Fuhhh! Lagi 10 hari kot. Apa yang 10 hari tu? Lagi 10 hari hebahan keputusan tawaran kemasukan ke UiTM sesi Mac 2013 bagi program Ijazah Sarjana Muda. Lagi 10 hari. Harap-harap lah dapat offer dari UiTM. Letak harapan tinggi kemain lagi ni. Tak mahu dah terkandas. Cukuplah dengan terkandas masa asasi. Bocor sudah rahsia. Sekarang ni fikir nak sambung belajar je tau. Kali ni nak make sure semuanya okay, takde istilah 'TERKANDAS' lagi dah. Dah banyak sangat mistakes yang dah dibuat. Banyak sangat-sangat. So at the end of the day, jadi lah macam ni. Frust :( Tak mintak degree through UPU rasanya sebab agak complicated sikit, Shira bukan lepasan asasi tahun semasa. So kena hantar sendiri salinan dokumen bagai kat IPTA yang dipohon melalui UPU. Tambah susah lagi bila transkrip tak end up with CGPA KPTM. Hanya ada CGPA UiTM. Tersangatlah frust. Cgpa KPTM tu je harapan kalau nak isi UPU sebab lepasan Asasi Undang-Undang KPTM akan apply IPTA through UPU by using cgpa KPTM. Sekarang ni dalam usaha nak pastikan status diri sendiri.
Kita tinggalkan cerita complicated tu dan terus jump ke sini okay. Well, for the 'penerapan UiTM', I applied FOUR courses which is International Business, Human Resource, Islamic Banking and Administrative Science. Tiga daripada tu semuanya under Faculty of Business Management. Yang Administrative Science tu pulak under Faculty of Administrative Science and Policy Studies. Tak tahu lah dalam empat tu mana satu yang dapat. Tak kesah lah dapat yang mana, cuma yang paling penting mintak-mintak dapat Shah Alam. Kenapa? Sebab dah boleh adapt dengan environment kat situ. Lagipun ada saudara mara kat sana. Aunty ada kat Klang. Cousin pulak ada kat Selayang. Adik pulak ada kat UIA, PJ. So what? Haha. Umie dengan Abah pun cakap dorang lagi suka kalau dapat kat Shah Alam. Doa ibu bapa biasanya cepat termakbul. Hehe. Tadi google balik pasal courses ni, rasanya menyesal pulak tak apply marketing. Well marketing ada kat Machang, Kelantan. Dekat dengan rumah. Dekat ke? 2 jam rasanya. Entah tak sure. Tapi bila fikir-fikir balik, belum tentu lagi kan dapat kat mana. Kita merancang, depa yang tentukan. Menyesal buat kali kedua sebab apply Human Resource sebabnya Sir Rahimi, my ex English teacher masa kat sekolah dulu, dia cakap graduan Human Resource dah ramai sangat. So peluang kerja kira terhad la. And he prefers me to major in Islamic Banking. Dulu masa SPM, memang ambik Ekonomi Asas dan Prinsip Akaun, so kira advantage la kan kalau dapat course macam ni. Ahh, biar la, dapat apa-apa pun tak kesah. Hehe. Kalau yang Administrative Science tu memang direka khas untuk dapat jobs under government but ada je cases yang dapat private sector. Tapi memang direka khas untuk government sector. Okay, sekarang ni dah mula berkecelaruan.
Lagi 10 hari kot. Lagi 10 hari. Kalau dapat lah kan, I have about a month to burnish my English Language. Dah berkarat pun sekarang dan dah tak confident. I just not confident. Screw me! I should look forward on this matter. Kena motivate diri sendiri kembali. Chaiyyyyok. Berdoa, bertawakkal dan redha. Itu yang memang wajib buat. Sebenarnya banyak sangat perancangan untuk tahun 2013 ni. Antaranya ialah nak transform to a better Muslimah dan dapat dekan setiap sem. Lagi satu, ingat nak buat part-time. At least ada duit poket atau income sampingan selain duk harap kat duit PTPTN. Hehe.
Entri ni memang 100% mengenai diriku. Tak suka, jangan baca. Haha. Kadang-kadang terasa terlebih expose diri kat public. Mudah untuk orang stalk. Haha. Kau budget lah minah weh. blah la kauu.
Cukup sampai sini jelah, panjang-panjang nanti kanggg ada yang melalut lebih-lebih. Minah ni memang perasan weh. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment