Thursday, 10 January 2013

ASASI UNDANG- UNDANG di UiTM



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Rasa terpanggil untuk buat satu entry pasal Asasi Undang- Undang ni. Terpanggilkah? Untuk SPM leavers yang memang berminat dan disahkan dalam melanjutkan pelajaran dalam course ini mungkin nak tahu dengan lebih details pasal course ni. Tetapi ini hanya terhad kepada Asasi Undang- Undang di UiTM yang melibatkan 3 buah kampus sahaja iaitu kampus Shah Alam, Kuantan dan Merbok, Kedah. Kat UiTM ni ada 2 program asasi undang-undang yang mana terdiri daripada Asasi Undang- Undang UiTM (P1005) dan Asasi Undang- Undang KPTM (P1007). Bagi yang tak tahu, KPTM tu stands for Kementerian Pelajaran Tinggi Malasyia. Senang cerita, Asasi Undang- Undang KPTM iaiah Asasi Undang- Undang MOHE.  Course ini memakan masa dua semester. Cuma ada yang tiga semester bagi Asasi Undang- Undang UiTM. Yang ni memang diluar bidang pengetahuan Shira. 

Tiada perbezaan dari segi konsep pembelajaran bagi kedua-dua course ni. Cuma ada perbezaan dalam pengiraan CGPA/ Pointer dan kemanakah korang selepas asasi. Lupa nak bagitahu, Asasi Undang- Undang UiTM (P1005) ni ada kat ketiga-tiga kampus tu kecuali Asasi Undang- Undang KPTM (P1007) yang hanya ada kat Shah Alam je. Dan yang paling special ialah korang diberi elaun jugak, kira duit poketlah. Lebih special, apabila korang diberi biasiswa daripada Kementerian Pelajaran yang mana yuran universiti + yuran kolej korang tu ditanggung oleh Kementerian Pelajaran. Duit ni akan dibank in ke dalam akaun Bank Islam korang. Makan masa la sikit. Tapi tak lama. Dua minggu atau tiga minggu je. Korang kena bayar pakai duit sendiri lah dulu. Kira macam korang akan dapat balik duit yang korang bayar kat UiTM tu. Kedua-duanya dapat. Tiada ‘diskriminasi’ disini.

For those yang memang nak sambung law, korang kena dapat MUET at least band 4. Band 4 weh. Bagi yang ambik Asasi Undang- Undang UiTM, korang kena dapat band 4 kalau nak buat degree in law.  Kalau tak dapat band 4, korang boleh je isi course lain dalam penerapan UiTM untuk degree nanti. Pelajar Asasi Undang- Undang UiTM hanya boleh melanjutkan ijazah di UiTM sahaja. Kalau yang ambik Asasi Undang-Undang KPTM, korang boleh dapat band 3 atau band 4. Tetapi bersyarat tau. Bagi yang dapat band 3, korang kena cover dengan Bahasa Inggeris masa SPM tu. Korang mestilah dapat A- dalam Bahasa Inggeris. Yang ambik Asasi Undang- Undang KPTM boleh memohon program ijazah through UPU dan IPTA yang ditawarkan seperti UM, UKM, UTM, USM, UPM, UiTM, UUM, UNIMAS dan lain- lain lagi. Kalau namanya IPTA mestilah under UPU. Tidak terhad di UiTM sahaja. Maksudnya korang bebas pilih IPTA mana untuk buat degree nanti dan tidak terhad untuk buat law sahaja. Bagi yang ambik Asasi Undang- Undang UiTM, CGPA korang dikira dengan mengambilkira kesemua subjek yang korang belajar dari semester awal dan akhir. Kalau yang ambik Asasi Undang- Undang KPTM pulak, CGPA korang dikira dengan hanya mengambilkira EMPAT subjek law terbaik sahaja yang mana dua dari semester awal dan dua lagi dari semester akhir. Nanti kat transcript asasi korang, akan ada benda tu dan bila korang isi UPU nanti, CGPA itu yang diambilkira. Ada kelebihan CGPA KPTM ni. Nak tahu kenapa? Sebabnya ialah senang nak dapat CGPA tinggi kot. Kalau nak dapat 3.00 tu senang lah. Advantage kot kalau nak sambung course yang gempak masa degree nanti. Tetibe je minah ni melebih-lebih la pulak. Abaikan. Hehe.

Dikesempatan ini jugak, Shira nak lelong buku-buku dan notes yang Shira ada masa belajar course ni. Jangan tanya kenapa. Cuma yang pasti, Shira nak buat benda lain. Ada plan lain dah.  Plan A gagal, ada lagi  ‘plan’ B – Z. Seriously weh? Awesome gila kau. Tapi sebelum tu, ini serba sedikit tentang subjek yang korang akan belajar nanti;

SEMESTER 1:

1. BEL 260 – Intermediate English.
2. BEL 313 – Introduction to Critical Thinking. I got A-. Hehe.
3. CSC 134 – Computer and Information Processing.
4. CTU 081/083 – 081 ni untuk Muslim. 083 untuk Non Muslim. 
5. LAW 012 – Introduction to Law I. A- too. Hehe.
6. LAW 016 – Introduction to Malaysian System of Government and Politics.
7. LAW 038 – Legal Reseacrh and Information Processing Skills.

SEMESTER 2:

1. BEL 332 – English for Pre-Degree I
2. BEL 342 – English for Pre- Degree II
3. CTU 082/084 – 082  ni untuk Muslim. 083 untuk Non Muslim. 
4. ECO 099 – Introduction to Economics.
5.  LAW 037 – Introduction to Law II
6.  LAW 039 – Introduction to Social Psychology and Criminology.
7.  LAW  087– Introduction to Law III. Consists of 3 elements; contract, tort and criminal.
8.  LAW 088– Contemporary Global And Legal Issues.



Yang hendak dilelong. Lelong ka? Kira separuh harga la.

Kegunaan: LAW I
Harga asal: RM12
Harga sekarang: RM8

Kegunaan: CSC134
Harga asal: RM60
Harga sekarang: RM50

Ini bukan buku original. Ini fotokopi.
Kegunaan: BEL313
Harga asal: RM20
Harga sekarang: RM17



Kegunaan: Umum
Harga asal: RM25
Harga sekarang: RM20.

Buku-buku ni semua boleh nego lagi. Tapi tak semuanya.  Kalau ada yang berminat, boleh lah email Shira; ibtisam_93@yahoo.com. Kalau yang nak mintak notes atau apa- apa berkaitan dengan perkara yang kita duk bincang ni, jangan sesegan email Shira. Shira akan cuba tolong selagi boleh.  beli semua ni, kira free post paid. Hehe. Shira akan cuba tolong selagi boleh. Panjang sungguh rasanya entri kali ni, tapi rasa berbaloi dapat jugak publish entri ni. By the way, buku-buku tu ada yang Shira dah conteng, buat nota lah katakan. Dan sebab tu Shira cakap leh nego lagi. Baik tak? Abaikan sikap perasan ini. Lagi satu, Shira ni memang bukan photographer yang cemerlang mahupun terbilang, buktinya gambar macam buku-buku tu nampak sayu, pilu dan pasrah je. Semoga entri kali ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat untuk yang tercari-cari tentang asasi undang-undang ni. Kita ketemu lagi ya. Assalamualaikum.

p/s: Sila rujuk post terbaru. 

9 comments:

  1. Salam akakk.buku ni kene beli sebelum masuk u ke atau beli kat u nanti?
    Terima kasih (:

    ReplyDelete
  2. Salam , akak . Kalau saya nak notes boleh ?

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang sangat berguna. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. salam akak. pemakaian pelajar law ni camne ek?

    ReplyDelete
  5. salam akk.. saya nk tnya .. buku law morality tu masih ada lagi tak?

    ReplyDelete
  6. salam nak tanya macam mana nak kira cgpa untuk kptm yang 4 subjek laaw sahaja

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,kak klu through spm,at least nak brpa A nak ambil law(english dh A)?

    ReplyDelete
  8. Hi. Do you have notes on LAW 038?

    ReplyDelete