Wednesday, 9 January 2013

TERASA NAK KAWIN TAK


Assalamualaikum semua. Harap semua sihat hendaknya.

Kalau tengok title entri ni kan, mesti rasa nak bagi je penampar free kat Shira kan? Apa punya title kan? Marah pada diri sendiri. Mestilah nak kan. Well bila umur dah meningkat ni, terasa pulak nak ada pasangan hidup. Kejap-kejap, umur meningkat? Baru 20 kot. Banyak kau punyer gatal weh. Haha. 

Dalam bak cintan cintun ni, rasanya korang lagi masak dari Shira kan. Wah wah wah, boleh la nanti korang carikan Shira jodoh. Gelak berdekah-dekah. Shira tunggu orang masuk meminang je. Takde sape yang nak. Sob sob sob. Eh perlu ke buat macam tu? Shira kan . .kalau boleh nak bercinta selepas kawin. Indahnya saat tu. Dah-dah. Jangan nak lelebih pulak. Kalau bercerita tentang ciri-ciri calon suami/isteri memang sampai esok lusa belum habis. Itu tak nak, ini tak nak. Walaubagaimanapun dalam Rasulullah pernah meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi;


Dari hadis ini, kita dapat perhatikan bahawa pegangan AGAMA seseorang wanita itu memainkan peranan yang teramat penting dalam sesuatu perkahwinan. Bagaimana pula dengan kasih? Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis;


Jadi tidak salah rasanya untuk kita berkasih cuma jangan lah terlampu over. Seelok-eloknya kalau dah suka sama suka, cepat- cepat kawin. Hehe. Tetapi, kita perlu jugak memilih calon yang betul- betul sesuai. Jangan main hentam sahaja. Bak kata orang, berkawin ni biarlah sekali sahaja. Melebih- lebih pulak. Macam la pernah kawin. Gelak lagi. Haha. Setakat ini sahaja, Jumpa lagi. Assalamualaikum. 


No comments:

Post a Comment