Tuesday, 8 January 2013

PERMULAAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

This is my first entry untuk semua. Permulaan ataupun mukadimah tentang serba sedikit mengenai empunya blog ini. Nampak macam tak menarik je. Tapi takpelah, tetap nak publish jugak. Hehe. 

Seperti yang sudah termaktub sejak azali lagi, empunya blog ini diberi nama NURUL SHAHIRA IDAYU. Merupakan seorang gadis dari Kelantan dan menetap di Kota Bharu, Kelantan sejak azali lagi. Melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam dibawah program Asasi Undang- Undangselepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Agak tersasar dari tujuan sebenar iaitu untuk mengambil jurusan perakaunan. Namun kesilapan men'dropkan' subjek Additional Maths semasa di Tingkatan 5 kerana bimbang gagal semasa SPM dan secara automatiknya menghalangnya untuk ke matrikulasi dalam aliran perakaunan/ akaun. Mempunyai pilihan untuk ke Tingkatan Enam (STPM) namun menolak kerana merasakan pilihan ke asasi adalah pilhan yang terbaik. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak menamatkan asasi walaupun ada dugaan yang sangat besar sehingga merasakan hendak 'give up' je. Nampak sangat tak kuat. Haha. Dan sekarang menunggu panggilan dari UiTM untuk melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah pula. Semoga semuanya berjalan dengan baik. Amin.

Mempunyai personaliti yang sukar untuk didescribekan. Namun rasanya I'm quite simple. Just simple. Merupakan seorang gadis yang bertudung dan berusaha untuk menjadi seorang muslimah. Insya-Allah.
Mempunyai keluarga yang bahagia iaitu disamping Abah, Umie, Angah, Ayunee, Mat, Aqiem dan Mawaddah. Berharap mereka bersama-sama Shira juga di akhirat mahupun di syurga nanti. Ya Allah, makbulkanlah permintaanku ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Itulah serba sedikit about me. By the way, boleh follow me on Twitter jugak. Insya-Allah Shira akan follow korang balik. Assalamualaikum .


Me in red. Not awesome. Lol.

No comments:

Post a Comment