Friday, 15 August 2014

UiTM Kampus Seremban 3

Assalamualaikum dan hai semua!

Dah lama rasanya tak update blog ni sebab terlampau busy. Dan malas jugak hahaha. Actually, Shira dah habiskan 1 semester di UiTM Kampus Seremban 3. So, mesti nak tau pasal Seremban 3 kan kan kan? Meh Shira ceritakan. Tapi sebelum tu, Shira bukan nak kutuk ke apa ke, cumanya UiTM Kampus Seremban 3 ni masih baru, dan Shira batch pertama masuk situ, so inilah pandangan Shira masa masuk awal- awal dulu.

Seremban 3 dan Rasah Jaya tu sebelah- sebelah je. Kebanyakkan student duduk kat Rasah Jaya. Kadar sewa untuk kawasan Seremban 3 mahal sikit la. 

Banyak anjing liar berkeliaran. Polis Bantuan UiTM tak ramai macam kat Shah Alam. Masa Shira masuk bulan March hari tu, ada 5 orang je anggotanya. Mungkin dah tambah kot sekarang. Polis Bantuan kat sini, dorang bekerjasama dengan IPD Mambau kalau tak silap lah. Masa awal- awal hari tu, ada banyak kot kes kecurian di rumah student. Laptop tu memang kena jaga elok- elok. Dekan pernah pesan, " Jangan jadi gangster di tempat gangster". Actually, Seremban 3 tu agak bahaya sikit tapi atas dunia ni, semua tempat bahaya. Yang penting kita kena pandai jaga diri. UiTM Kampus Seremban 3 tu bukan sepenuhnya milik UiTM sebabnya ia hanyalah SEWA. Maksud Shira, kerajaan sewa bangunan-bangunan, fasiliti tu dari pihak swasta. So, kena pandai- pandailah sedar diri. Tu yang selalu dicakap oleh reaktor. Sewa rumah agak mahal. Semi furnished pun RM200 dan keatas. Rumah okay lah, double- storey. Dan kebanyakkan penyewa ni, dia kira kepala- kepala tau. Maksud Shira, sewa tu kira kepala. Bukan satu rumah macam tu. Ada pulak yang nak 4 atau 5 orang satu rumah, tapi sewa dalam RM150. Mostly, tak fully furnished. Korang nanti kalau nak cari rumah, cari elok- elok tau. Contoh rumah yang dekat dgn UiTM ni macam BIRD OF PARADISE. Tapi sewa mahal la sikit hehehe.

Makanan kat sana boleh tahan, mahal atau murah depend pada kedai tulah huhuhu. Tapi ada je kedai yang harganya standard macam FITDAU TOMYAM, SHAHIRA TOMYAM dan ZIPPLE TOMYAM, untuk dinner bolehlah la makan atau beli kat situ. Tapi Shira suka KEDAI MEK. Kalau lunch hour, penuh je kot kedai dia. Dan sebab dorang ni semua akak- akak Kelate, sebab tu Shira suka hahahaha. Takdelah! Dorang masak not bad kot, harga pun murah. Student memang suka makan kat sana. KFC pun ada hehehe.

Kemudahan fotostat, tak tahu dah ada belum kalau kat dalam UiTM sebabnya belum ada yang bukak lagi. Mungkin sekarang dah ada kot. Biasanya kitorang fotostat kat luar. Kalau kedai fotostat murah, Shira cadangkan kedai Aunty ni, nama kedai, "INTAN RD RESOURCES". Housemate Shira selalu fotostat kat situ, dia cakap kedai ni murah berbanding kedai lain. Kalau nak beli barang keperluan harian, boleh beli kat FAMILY STORE. Semua ada kat situ, dia ala- ala macam Giant yang kecik gitu. Tapi kalau nak beli barang basah, Shira suggest beli kat Mydin Mall, Tesco, AEON Jusco kat Seremban 2. 

Kalau UiTM tu sendiri pulak, bangunan dia memang lawa la. View menarik jugak lah. Parking pulak, kalau nk parking dekat dengan fakulti, mohon datang awal. Kalau tak, kena parking jauh hehehe. ATM Bank Islam, baru je ada. Sebelum Shira balik hari tu, dorang kata UiTM dan sediakan, kalau tak memang BSN lah jawabnya. Kalau kafe pulak, makanan not bad la, mahal tu adalah jugak hahaha. Masa awal- awal dulu Shira dgn budak- budak class present pakai kertas mahjung kot, sebab projector takde. Macam LDK lor rasanya hahahaha. Sekarang dah ada dah projector, cuma tak banyak. So, kena book awal- awal. 

Ini hanyalah general view daripada Shira sepanjang 1 semester berada di sana. Mungkin dah ada penambahbaikkan. Dan diharapkan info ini dapat membantu. Kalau ada salah silap mana- mana, jangan segan jangan malu untuk tegur ya. 

Thank youuuuuuuu! 

No comments:

Post a Comment