Thursday, 29 August 2013

BUKU UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum :)

Tadaaaaaaaaaaaaa, ini dia buku-buku yang Shira nak jual hehehe.


CTU513: TITAS - Fotostat, bukan buku original.
Harga: RM12
ACC114: Financial Accounting for Non Accounting Student
Harga: RM22
MATH112: Business Mathematics for UiTM
Harga: RM22
P/S: Harga still leh nego hahaha. Rilex lah.

Kepada sesiapa yang nak notes, korang leh download dekat i-learn once bila korang dah daftar. Tapi tak semua lecturer rajin upload notes. By the way, kepada sesiapa yang nak notes for ADS410 and MAT402/112, boleh email Shira kat email ni ibtisam_93@yahoo.com

Assalamualaikum :)

Monday, 5 August 2013

BACHELOR OF ADMINISTRATIVE SCIENCE (UiTM)


 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 


Hari ni rasa macam nak buat satu entry mengenai course yang Shira ambik dan mungkin jugak course yang sama yang anda-anda semua akan ambil hehehehe.

Mula-2 sekali, course ni merupakan course gugusan SAINS SOSIAL, tetapi kat UiTM belum wujud lagi jurusan sains sosial yang betul-2 pure. Yang ada pun cuma LAW je. 

Well, course ni agak tough jugak la tapi kene ingat, semuaa course akan jadi TOUGH kalau kita yang sengaja MENG'TOUGH'kan nya hahahaha. 

Requirements untuk ambik course ni ialah;



Kalau tak jelas, boleh tengok kat sini KLIK DISINI 

Webpage Faculty of Administrative Science and Policy Studies (UiTM)

Faculty of Administrative Science and Policy Studies atau lebih dikenali sebagai Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) ini akan berpindah ke Kampus Seremban 3 tidak lama lagi. Kenapa sesiapa yang dapat course ini, jangan terkejut dengan perkataan 'TRANSIT' yang ada dalam surat tawaran tu sebabnya Kampus Seremban 3 ni masih dalam proses pembinaan. Menurut dekan FSPPP, dijangka semua pelajar FSPPP akan berpindah ke Kampus Seremban 3 pada March 2014. Dah tak lama kan! Kepada sesiapa yang nak info pasal kampus baharu FSPPP ni boleh klik SINI. Mengenai skop pekerjaan pula, Shira dapat katakan kat sini, course ni sangat sesuai untuk semua pekerjaan hahaha tetapi berdasarkan webpage FSPPP skop pekerjaannya ialah;

Mak aiiih, keciknyaaa! Klik gambar tu untuk image yang JELAS. Thank you.

Kalau nak tengok pelan pengajian ataupun subjek apa yang akan kita belajar, boleh download kat SINI.
(Ini untuk batch lama, yang BATCH BARU, maksud Shira korang hehe, Shira ada letak kat bawah. Mohon scroll ke bawah ya. Thank you)


Rasanya tu jelah kot yang Shira boleh sharekan hehehe. And for those yang interested in buying secondhand books, you may do so by e-mail me: ibtisam_93@yahoo.com ataupun PM je kat Facebook. Kan senang! Haha. 

Result semester 1 dah keluar and Shira rasa really disappointed because I didn't get DL! What is DL? DL stands for Dean List ataupun Dekan. How to get DL? You must obtained at least GPA 3.50 and above. Frust ni! Frust! Frust! Harapan untuk dapat ANC terkubur sudah. Tak boleh pakai selempang pink! And what is ANC? ANC tu Anugerah Naib Canselor. Yang ni kalau nak dapat, kene dapat DL setiap semester dan bila dah grad, konvo nanti boleh lah pakai selempang pink. Frust! Daripada 7 subjek, Shira dapat score 4A je. Yang 3 lagi tak A pun. Aduh! Mungkin efforts Shira selama ni hanya membuahkan 4A sahaja dan bukan 7A. I need to put more efforts for the rest semesters. Aja aja fighting!

Jangan lupa LIKE page Dekan FSPPP UiTM dan jugak page MPP & SMF FSPPP

Sebelum melabuhkan tirai, Shira nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013' kepada semuaaaaa Muslim diseluruh DUNIA! 

**Edit untuk info baru 

INFO TAMBAHAN 

Kepada yang dapat kos ni, ni adalah PELAN PENGAJIAN korang ( Shira batch PELAN PENGAJIAN LAMA, so adalah yang tambah kurang sikit dengan korang tapi buku- buku kebanyakkan sama je dgn budak- budak batch lama).

P/S: Klik dekat gambar untuk imej yang jelas. Thank you.




Info rumah SEWA boleh didapati di group Facebook BaCas (Shira ada bagi link kat atas, mohon scroll ke atas ya, thank you) . 

Monday, 15 July 2013

BOOKS and T-SHIRT KESATRIA to let go.



Assalamualaikum.

TAHNIAH buat lepasan STPM, ASASI, MATRIKULASI, DIPLOMA dan setaraf dengannya kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu IJAZAH SARJANA MUDA. Wah- wah, Shira pulak yang excited. 

Well, I would to share something with youuuuu.

For those who get offer from UiTM, Bachelor of Administrative Science ( Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan Kepujian) or Bachelor of Corporate Admin (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Korporat), this might help youuu.



And for those yang tak tahu lagi, UiTM memang wajibkan student diaa masuk kawad ( pengecualian kepada peserta PLKN, student asasi pun. Tapi bila dah degree, tetap kene ambik. Masa asasi ja tak kawad, Tapi degreee kenaaa okaaaayyy).  So, I have baju Kesatria untuk dijuaaal. KOKO UiTM kene ambik sepanjang 3 semester tauu. 



Email me or PM me for more detail. Thank youu. Assalamualaikum




Monday, 4 March 2013

FUH!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lama jugak menyepi, akhirnya tergerak hati nak bukak blog ni. Hehehe. Yang sebenarnya Shira baru je lepas habis Minggu Destini Siswa (MDS) kat UiTM which is MDS ni dah DUA kali Shira join. Penat! Itu sahaja dah cukup menggambarkan betapa terseksanya nak habiskan MDS. But at the end of the day, rasa semua penat tu released. Well, MDS ni memakan masa selama seminggu. Kalau tak mandi masa MDS merupakan perkara biasa. Hahaha. Busuk gilaaa! 


Room Sweet Room

By the way, Shira join IM4U yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kat UiTM Puncak Alam. Dan Shira rasa sangat bertuah sebab dapat jumpa PM kita depan-depan. Selama ni tengok kat dalam TV je. Rita Rudaini dan Fiza Elite pun ada sekali. Masa tu  kan, semua menjerit bagai kena sawan. Retis uollss. Hahaha. Dan yang paling special, dapat satu kotak KFC ( seketul ayam & burger). Yang pergi tu dalam 10 ribu orang, so just imaging laaaaaaaaaaaa! Baju dan topi (cap) IM4U pun dapat. Bertuah kan? Syok sorang-sorang. Malang sungguh.


That's all for now. Assalamualaikum 




Monday, 4 February 2013

NO PREPARTION YET


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Lebih kurang 3 minggu lagi Shira akan ke UiTM. Tak lama dah kan? Tapi satu benda pun tak siap lagi. Tak tahu lah, cuma rasa macam tak excited pun nak p sana. Barang-barang pun tak beli lagi. Rasanya pakai barang yang ada je lah dulu, barang-barang masa asasi pun ada lagi. Ingat nak bawak je bakul dengan baldi yang hari tu, tapi Abah pulak cakap, tak payahhh. Tinggal je kat rumah. Beli je lain.

PTPTN pun tak sentuh lagi. Tak beli pin pun lagi, tak bukak akaun SSPN-i lagi, tak itu tak ini. Pasal Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) yang RM1500 pulak, ramai yang nasihatkan supaya jangan pergi tebus cheque . Sebabnya nanti dorang akan tolak dari akaun kita. Maksud Shira, tolak dari pinjaman kita sebanyak RM500 dari semester 2, 3, 4. Kena bincang dengan Umie dengan Abah dulu pasal ni, takkleh main hentam je. Shira ada jugak apply untuk Wang Ehsan dan bantuan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Kalau dapat la kan, boleh laa guna untuk degree nanti. Boleh la kurangkan sedikit beban. Hehe.

Semua dah maju sekarang !

Dan part yang paling rasa mencabar ialah Minggu Destini Siswa (MDS). Ya Allah, tersangat-sangat tak suka MDS. Kene rushing pergi sana sini, lepas tu akak- akak MDS agak garang-garang, ada je yang dorang tak puas hati. Tapi tak boleh salahkan dorang, kami ramai masa tu, dorang tak ramai, nak kena handle itu ini memang penat. Member- member Shira yang lain dapat tempat lain, bukan Shah Alam. Mesti tak best. Tapi apa boleh buat, itu TAKDIR. Mana boleh melawan takdir. Cuma kadang- kadang terasa rindu dekat member-member asasi dulu. Rindu gilaaaaa kat depa semua.

Dah kering idea ni, so better sampai kat sini jelah dulu. Hehehe. Senyum gedik. Assalamualaikum, bye-bye :)


Friday, 1 February 2013

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Guess what? Yahooo! Shira dapat jugak pursue degree kat UiTM nanti. Suka sangat-sangat. Dapat pulak course yang Shira nak iaitu Administrative Science. Alhamdulillah. Walaubagaimana pun, Shira takde banyak info sangat pasal course ni. Yang Shira tahu course ni cool. Haha. Akan tetapi, yang tak best pun ada jugak bila Shira dapat Kampus Seremban 3, Negeri Sembilan. Shira nak Shah Alam. Yang lagi tak best, bila kampus sementara (transit) Shira kat Shah Alam. Kenapalah UiTM tak bagi je Shira duk Shah Alam. Kene transit bagai. Transit tu pindah la kan. Pindah-pindah ni tak best, tak cool. Abah pun macam tak berkenan bila Shira dapat Negeri Sembilan. Dan lagi satu, dah puas google pasal Kampus Seremban 3 ni, tapi tak jumpa-jumpa. Ada satu artikel Utusan Malaysia, 2009 dan katanya masa tu baru dalam perancangan nak buat kampus tu. Sekarang dah 2013 kot, tak siap lagi eh? Bila bukak portal UiTM Negeri Sembilan, kat situ hanya ada link ke Kampus Melang. 



Banyak benda yang nak kena prepare ni. Tapi yang paling penting ialah kena persiapkan diri dengan memotovisikan diri. Cukup sampai setakat ni jelah dulu, hehe. Assalamualakum



Wednesday, 30 January 2013

DAN HARINYA AKAN TIBA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Harinya akan tibaaaa. Seriously rasa sangat berdebar. Sape yang tak berdebar, ni perihal masa depan kot! Emotional semacam kenapa pulak. Sengau minah ni. Sigh*. Dari tadi tak henti-henti bersin. Ada resdung, lepas tu sengaja menggedikkan diri p makan ketam. Tapi nasib baik la resdung Shira tak serius. Cuma bersin je. Lepas tu tubuh tiba-tiba jadi panas sebab kurang air. Shira beruntung gilaaaa sebab takde jerawat yang resdung tu. Berlagak lah kan. Haha. Pipi tak licin mana pun. Jeragat tu ada lah jugak. Haha. Pecah tembelang. Tapi takpe, nanti kang hilang jugak jeragat tu. Pandai-pandailah Shira cari petua. Google je, semua dihujung jari. Hehe. 

Dah lari tajuk ni nampaknya. Well, kalau yang dah baca previous post, mesti korang dapat teka kan. Ceh, berlagak blog ramai follower. Senget betul. Nak tahu? Hari yang Shira tunggu-tunggu dah nak sampai lah weyyyy. Jan 31, 2013. Hari penentuan. Ya Allah semoga dapat lah apa yang dihajati tu. Semakan tawaran ke UiTM bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi Mac 2013 boleh disemak pada 31/1/2013, Khamis ni. Tak sabar  sangat. Tapi berdebar pun ada. Sangat berdebar. Kencang gilaaa dup dap dup dap. Macam tunggu result final exam je. Makin berdebar apabila member-member semua text, lepas tu tanya pasal benda ni. Dorang pulak yang terlebih prihatin. Haha.




 Dua tiga hari lepas, Shira ada usha pasal Ijazah Sarjana (Kepujian) Sains Pentadbiran (Administrative Science) dan jupa lah satu blog. Tapi owner blog tu ambik diploma, so dia banyak cerita pasal diploma. Walaubagaimanapun, banyak jugak info yang Shira dapat. Info yang paling gempak ialah, kerjaya untuk course ni sangat luas dan boleh jadi lawyer jugak. Lawyer. Lawyer. Cecece. Budget nak jadi lawyer. Masa asasi pun terkapai-kapai dilautan luas yang terbentang. Course ni ada subjek accounting jugak, tapi Shira tak sure sangat tentang apa yang dorang specific kan dalam subjek accounting tu. Dulu masa SPM, saya dapat A tuk Prinsip Akaun. Okayy kau budget minah. Orang lain dapat A+, takde pun kecoh macam kau! Tak kisahlah dapat course apa pun, cuma yang penting ialah nawaittu kita adalah untuk belajar. Lepas tu tolong parents, bahagiakan dorang sama macam dorang bahagiakan kita. Shira ada satu impian. Impiannya ialah nak hantar Umie dengan Abah ke Mekah, buat haji. Shira dah pakat-pakat dengan adik-adik Shira, kalau lah kami dah kerja, dah ada duit, kumpul sama-sama lepas tu bagi Umie dengan Abah untuk tunaikan haji. Kalau nak tunggu duit Tabung Haji, mesti lambat. Hehe. Tapi kita tak tahu apa yang menanti kita dihadapan. Kita hanya merancang dan Allah yang akan menentukan. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Amin Ya Rabbal Alamin. 
Assalamualaikum. 


Monday, 28 January 2013

MEANINGFUL THING


On my way, transform to a better Muslimah :)


SUKA DAN DUKA


Assalamualaikum :)

Hari-hari bukak blog tapi tak tau nak buat entry pasal ape. Idea takde. Hmmmph:( Well, semakan tawaran ke UiTM untuk prgrom Ijazah Sarjana Muda akan diumumkan pada Jan 31, 2013. Lewat sehari dari apa yang dijadualkan sebelum ini. Hari tu kata 30 sekarang 31. Makin dekat atau jah? Tak kesah la bila pun tapi yang paling penting hati ini sangat berdebar. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sepanjang belajar kat UiTM Shah Alam, banyak sangat suka dan duka yang tercipta. Paling duka ialah bila lappy Shira yang baru pakai 7 bulan  (16/7/2011- 19/2/2012) tetibe HILANG. Masa tu Allah je yang tahu betapa sedihnya. Kejadiannya berlaku pada hari classmate Shira buat BBQ kat Tasek Seksyen 7, Shah Alam. Lappy tu Shira tinggal sesorang kat dalam bilik. Dan kunci semua. Mangga lagi tau. Balik-balik tengok takde. Malas nak cerita panjang-panjang, nanti kangg sedih. Buat report sana sini pun, xda apa-apa hasil. Even kolej pun tak bagi apa-apa pampasan. At least bagi lah sikit. Tak mungkin pelajar yang hilang harta benda tu semua cuai. So nasihat Shira, simpan elok-elok barang berharga. Malang memang tidak berbau. Tapi bila muhasabah diri dan hati pun berkata, "Mungkin bukan rezeki aku. Allah tarik balik rezeki tu. Mungkin akan ada yang lebih baik dari tu". 

Report: Kolej Mawar- Balai Polis Seksyen 7- IPD Shah Alam Sekyen 9.
Complicated gilaaaaaaaaaaa!

Barang yang lepas jangan dikenang. Assalamualaikum. 


Thursday, 24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Maulidur Rasul.

Peringatan bersama juga. Semoga kita tidak lupa untuk
mengingati Rasulullah.


Tuesday, 22 January 2013

NOT FRIENDLY?


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

This entry is totally me. Kalau korang view about the owner of this blog, korang akan nampak yang Shira letak 'Not Friendly' kat situ kan. Well, memang tak friendly pun. Haha. Tapi kenapa? Memang ada la sebabnya kan. Shira tak friendly sebab I don't really know how to mingle with others. Too shy! Not confident too. I'm quite pendiam. But for those yang memang kamcing dengan Shira, dorang tahu betapa kecohnya budak ni. Hehe. Entahlah, tersangat payah nak bukak mulut, nak greet someone yang tak kenal, even masa dekat asasi dulu pun tak banyak cakap. Tambah-tambah lagi kalau nak kena buat presentation, debate, public speaking, forum and etc. Erghh! Screw me! Ini semua kerana tak confident. Mungkin sebab kat sekolah dulu tak terdedah sangat dengan things like that.  Dipendekkan cerita, Shira kena confident. Kalau tak confident, takde benda yang jalan kot. But beware, over-confident is totally not good. Sedang-sedang je. Jap, ini nasihat kepada siapa? Diri sendiri atau . .? 

Well, lagi 08 hari and penantian akan bertukar menjadi kebahagian atau sebaliknya. Ya Allah, berharap sangat dapat dan dapat dapat dapat dapat. Hehe. Doakan sekali boleh? Graciasssss. XOXO. Assalamualaikum


Sunday, 20 January 2013

LAGI 10 HARI

Assalamualaikum semua. Budget ramai followers. .errr? 

Fuhhh! Lagi 10 hari kot. Apa yang 10 hari tu? Lagi 10 hari hebahan keputusan tawaran kemasukan ke UiTM sesi Mac 2013 bagi program Ijazah Sarjana Muda. Lagi 10 hari. Harap-harap lah dapat offer dari UiTM. Letak harapan tinggi kemain lagi ni. Tak mahu dah terkandas. Cukuplah dengan terkandas masa asasi. Bocor sudah rahsia. Sekarang ni fikir nak sambung belajar je tau. Kali ni nak make sure semuanya okay, takde istilah 'TERKANDAS' lagi dah. Dah banyak sangat mistakes yang dah dibuat. Banyak sangat-sangat. So at the end of the day, jadi lah macam ni. Frust :( Tak mintak degree through UPU rasanya sebab agak complicated sikit, Shira bukan lepasan asasi tahun semasa. So kena hantar sendiri salinan dokumen bagai kat IPTA yang dipohon melalui UPU. Tambah susah lagi bila transkrip tak end up with CGPA KPTM. Hanya ada CGPA UiTM. Tersangatlah frust. Cgpa KPTM tu je harapan kalau nak isi UPU sebab lepasan Asasi Undang-Undang KPTM akan apply IPTA through UPU by using cgpa KPTM. Sekarang ni dalam usaha nak pastikan status diri sendiri. 

Kita tinggalkan cerita complicated tu dan terus jump ke sini okay. Well, for the 'penerapan UiTM', I applied FOUR courses which is International Business, Human Resource, Islamic Banking and Administrative Science. Tiga daripada tu semuanya under Faculty of  Business Management. Yang Administrative Science tu pulak under Faculty of Administrative Science and Policy Studies. Tak tahu lah dalam empat tu mana satu yang dapat. Tak kesah lah dapat yang mana, cuma yang paling penting mintak-mintak dapat Shah Alam. Kenapa? Sebab dah boleh adapt dengan environment kat situ. Lagipun ada saudara mara kat sana. Aunty ada kat Klang. Cousin pulak ada kat Selayang. Adik pulak ada kat UIA, PJ. So what? Haha. Umie dengan Abah pun cakap dorang lagi suka kalau dapat kat Shah Alam. Doa ibu bapa biasanya cepat termakbul. Hehe. Tadi google balik pasal courses ni, rasanya menyesal pulak tak apply marketing. Well marketing ada kat Machang, Kelantan. Dekat dengan rumah. Dekat ke? 2 jam rasanya. Entah tak sure. Tapi bila fikir-fikir balik, belum tentu lagi kan dapat kat mana. Kita merancang, depa yang tentukan. Menyesal buat kali kedua sebab apply Human Resource sebabnya Sir Rahimi, my ex English teacher masa kat sekolah dulu, dia cakap graduan Human Resource dah ramai sangat. So peluang kerja kira terhad la. And he prefers me to major in Islamic Banking. Dulu masa SPM, memang ambik Ekonomi Asas dan Prinsip Akaun, so kira advantage la kan kalau dapat course macam ni. Ahh, biar la, dapat apa-apa pun tak kesah. Hehe. Kalau yang Administrative Science tu memang direka khas untuk dapat jobs under government but ada je cases yang dapat private sector. Tapi memang direka khas untuk government sector. Okay, sekarang ni dah mula berkecelaruan. 

Lagi 10 hari kot. Lagi 10 hari. Kalau dapat lah kan, I have about a month to burnish my English Language. Dah berkarat pun sekarang dan dah tak confident. I just not confident. Screw me! I should look forward on this matter. Kena motivate diri sendiri kembali. Chaiyyyyok. Berdoa, bertawakkal dan redha. Itu yang memang wajib buat. Sebenarnya banyak sangat perancangan untuk tahun 2013 ni. Antaranya ialah nak transform to a better Muslimah dan dapat dekan setiap sem. Lagi satu, ingat nak buat part-time. At least ada duit poket atau income sampingan selain duk harap kat duit PTPTN. Hehe. 

Entri ni memang 100% mengenai diriku. Tak suka, jangan baca. Haha. Kadang-kadang terasa terlebih expose diri kat public. Mudah untuk orang stalk. Haha. Kau budget lah minah weh. blah la kauu. 

Cukup sampai sini jelah, panjang-panjang nanti kanggg ada yang melalut lebih-lebih. Minah ni memang perasan weh. Assalamualaikum 


Thursday, 17 January 2013

LISTEN


Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Eh kejap. Pagi ka? 4 am? Perggh. haha. 

Kecoh 1 Malaysia pasal 'Forum Suara Mahasiswa' yang berlangsung pada Disember 8, 2012 di Universiti Utara Malaysia. Shira malas nak ulas panjang- panjang, maklumlah kita ni hidup bermasyarakat dan kerana itulah kita kena jaga hubungan kita dengan masyarakat. Lain orang lain pendapatnya. Betul tak? Hampir 90% membidas tindakan tidak sopan yang dilakukan oleh Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen terhadap Bawani KS. 

Kenal Mat Lutfi tak? Vblogger yang tersangatlah awesome tu. Dia ada buat satu video dan telah di'upload'kat YouTube. Video ini merupakan parody tentang forum tersebut. Just listen. Hehehe. 




Thursday, 10 January 2013

ASASI UNDANG- UNDANG di UiTM



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Rasa terpanggil untuk buat satu entry pasal Asasi Undang- Undang ni. Terpanggilkah? Untuk SPM leavers yang memang berminat dan disahkan dalam melanjutkan pelajaran dalam course ini mungkin nak tahu dengan lebih details pasal course ni. Tetapi ini hanya terhad kepada Asasi Undang- Undang di UiTM yang melibatkan 3 buah kampus sahaja iaitu kampus Shah Alam, Kuantan dan Merbok, Kedah. Kat UiTM ni ada 2 program asasi undang-undang yang mana terdiri daripada Asasi Undang- Undang UiTM (P1005) dan Asasi Undang- Undang KPTM (P1007). Bagi yang tak tahu, KPTM tu stands for Kementerian Pelajaran Tinggi Malasyia. Senang cerita, Asasi Undang- Undang KPTM iaiah Asasi Undang- Undang MOHE.  Course ini memakan masa dua semester. Cuma ada yang tiga semester bagi Asasi Undang- Undang UiTM. Yang ni memang diluar bidang pengetahuan Shira. 

Tiada perbezaan dari segi konsep pembelajaran bagi kedua-dua course ni. Cuma ada perbezaan dalam pengiraan CGPA/ Pointer dan kemanakah korang selepas asasi. Lupa nak bagitahu, Asasi Undang- Undang UiTM (P1005) ni ada kat ketiga-tiga kampus tu kecuali Asasi Undang- Undang KPTM (P1007) yang hanya ada kat Shah Alam je. Dan yang paling special ialah korang diberi elaun jugak, kira duit poketlah. Lebih special, apabila korang diberi biasiswa daripada Kementerian Pelajaran yang mana yuran universiti + yuran kolej korang tu ditanggung oleh Kementerian Pelajaran. Duit ni akan dibank in ke dalam akaun Bank Islam korang. Makan masa la sikit. Tapi tak lama. Dua minggu atau tiga minggu je. Korang kena bayar pakai duit sendiri lah dulu. Kira macam korang akan dapat balik duit yang korang bayar kat UiTM tu. Kedua-duanya dapat. Tiada ‘diskriminasi’ disini.

For those yang memang nak sambung law, korang kena dapat MUET at least band 4. Band 4 weh. Bagi yang ambik Asasi Undang- Undang UiTM, korang kena dapat band 4 kalau nak buat degree in law.  Kalau tak dapat band 4, korang boleh je isi course lain dalam penerapan UiTM untuk degree nanti. Pelajar Asasi Undang- Undang UiTM hanya boleh melanjutkan ijazah di UiTM sahaja. Kalau yang ambik Asasi Undang-Undang KPTM, korang boleh dapat band 3 atau band 4. Tetapi bersyarat tau. Bagi yang dapat band 3, korang kena cover dengan Bahasa Inggeris masa SPM tu. Korang mestilah dapat A- dalam Bahasa Inggeris. Yang ambik Asasi Undang- Undang KPTM boleh memohon program ijazah through UPU dan IPTA yang ditawarkan seperti UM, UKM, UTM, USM, UPM, UiTM, UUM, UNIMAS dan lain- lain lagi. Kalau namanya IPTA mestilah under UPU. Tidak terhad di UiTM sahaja. Maksudnya korang bebas pilih IPTA mana untuk buat degree nanti dan tidak terhad untuk buat law sahaja. Bagi yang ambik Asasi Undang- Undang UiTM, CGPA korang dikira dengan mengambilkira kesemua subjek yang korang belajar dari semester awal dan akhir. Kalau yang ambik Asasi Undang- Undang KPTM pulak, CGPA korang dikira dengan hanya mengambilkira EMPAT subjek law terbaik sahaja yang mana dua dari semester awal dan dua lagi dari semester akhir. Nanti kat transcript asasi korang, akan ada benda tu dan bila korang isi UPU nanti, CGPA itu yang diambilkira. Ada kelebihan CGPA KPTM ni. Nak tahu kenapa? Sebabnya ialah senang nak dapat CGPA tinggi kot. Kalau nak dapat 3.00 tu senang lah. Advantage kot kalau nak sambung course yang gempak masa degree nanti. Tetibe je minah ni melebih-lebih la pulak. Abaikan. Hehe.

Dikesempatan ini jugak, Shira nak lelong buku-buku dan notes yang Shira ada masa belajar course ni. Jangan tanya kenapa. Cuma yang pasti, Shira nak buat benda lain. Ada plan lain dah.  Plan A gagal, ada lagi  ‘plan’ B – Z. Seriously weh? Awesome gila kau. Tapi sebelum tu, ini serba sedikit tentang subjek yang korang akan belajar nanti;

SEMESTER 1:

1. BEL 260 – Intermediate English.
2. BEL 313 – Introduction to Critical Thinking. I got A-. Hehe.
3. CSC 134 – Computer and Information Processing.
4. CTU 081/083 – 081 ni untuk Muslim. 083 untuk Non Muslim. 
5. LAW 012 – Introduction to Law I. A- too. Hehe.
6. LAW 016 – Introduction to Malaysian System of Government and Politics.
7. LAW 038 – Legal Reseacrh and Information Processing Skills.

SEMESTER 2:

1. BEL 332 – English for Pre-Degree I
2. BEL 342 – English for Pre- Degree II
3. CTU 082/084 – 082  ni untuk Muslim. 083 untuk Non Muslim. 
4. ECO 099 – Introduction to Economics.
5.  LAW 037 – Introduction to Law II
6.  LAW 039 – Introduction to Social Psychology and Criminology.
7.  LAW  087– Introduction to Law III. Consists of 3 elements; contract, tort and criminal.
8.  LAW 088– Contemporary Global And Legal Issues.



Yang hendak dilelong. Lelong ka? Kira separuh harga la.

Kegunaan: LAW I
Harga asal: RM12
Harga sekarang: RM8

Kegunaan: CSC134
Harga asal: RM60
Harga sekarang: RM50

Ini bukan buku original. Ini fotokopi.
Kegunaan: BEL313
Harga asal: RM20
Harga sekarang: RM17



Kegunaan: Umum
Harga asal: RM25
Harga sekarang: RM20.

Buku-buku ni semua boleh nego lagi. Tapi tak semuanya.  Kalau ada yang berminat, boleh lah email Shira; ibtisam_93@yahoo.com. Kalau yang nak mintak notes atau apa- apa berkaitan dengan perkara yang kita duk bincang ni, jangan sesegan email Shira. Shira akan cuba tolong selagi boleh.  beli semua ni, kira free post paid. Hehe. Shira akan cuba tolong selagi boleh. Panjang sungguh rasanya entri kali ni, tapi rasa berbaloi dapat jugak publish entri ni. By the way, buku-buku tu ada yang Shira dah conteng, buat nota lah katakan. Dan sebab tu Shira cakap leh nego lagi. Baik tak? Abaikan sikap perasan ini. Lagi satu, Shira ni memang bukan photographer yang cemerlang mahupun terbilang, buktinya gambar macam buku-buku tu nampak sayu, pilu dan pasrah je. Semoga entri kali ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat untuk yang tercari-cari tentang asasi undang-undang ni. Kita ketemu lagi ya. Assalamualaikum.

p/s: Sila rujuk post terbaru. 

Wednesday, 9 January 2013

TERASA NAK KAWIN TAK


Assalamualaikum semua. Harap semua sihat hendaknya.

Kalau tengok title entri ni kan, mesti rasa nak bagi je penampar free kat Shira kan? Apa punya title kan? Marah pada diri sendiri. Mestilah nak kan. Well bila umur dah meningkat ni, terasa pulak nak ada pasangan hidup. Kejap-kejap, umur meningkat? Baru 20 kot. Banyak kau punyer gatal weh. Haha. 

Dalam bak cintan cintun ni, rasanya korang lagi masak dari Shira kan. Wah wah wah, boleh la nanti korang carikan Shira jodoh. Gelak berdekah-dekah. Shira tunggu orang masuk meminang je. Takde sape yang nak. Sob sob sob. Eh perlu ke buat macam tu? Shira kan . .kalau boleh nak bercinta selepas kawin. Indahnya saat tu. Dah-dah. Jangan nak lelebih pulak. Kalau bercerita tentang ciri-ciri calon suami/isteri memang sampai esok lusa belum habis. Itu tak nak, ini tak nak. Walaubagaimanapun dalam Rasulullah pernah meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi;


Dari hadis ini, kita dapat perhatikan bahawa pegangan AGAMA seseorang wanita itu memainkan peranan yang teramat penting dalam sesuatu perkahwinan. Bagaimana pula dengan kasih? Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis;


Jadi tidak salah rasanya untuk kita berkasih cuma jangan lah terlampu over. Seelok-eloknya kalau dah suka sama suka, cepat- cepat kawin. Hehe. Tetapi, kita perlu jugak memilih calon yang betul- betul sesuai. Jangan main hentam sahaja. Bak kata orang, berkawin ni biarlah sekali sahaja. Melebih- lebih pulak. Macam la pernah kawin. Gelak lagi. Haha. Setakat ini sahaja, Jumpa lagi. Assalamualaikum. 


Tuesday, 8 January 2013

PERMULAAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

This is my first entry untuk semua. Permulaan ataupun mukadimah tentang serba sedikit mengenai empunya blog ini. Nampak macam tak menarik je. Tapi takpelah, tetap nak publish jugak. Hehe. 

Seperti yang sudah termaktub sejak azali lagi, empunya blog ini diberi nama NURUL SHAHIRA IDAYU. Merupakan seorang gadis dari Kelantan dan menetap di Kota Bharu, Kelantan sejak azali lagi. Melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam dibawah program Asasi Undang- Undangselepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Agak tersasar dari tujuan sebenar iaitu untuk mengambil jurusan perakaunan. Namun kesilapan men'dropkan' subjek Additional Maths semasa di Tingkatan 5 kerana bimbang gagal semasa SPM dan secara automatiknya menghalangnya untuk ke matrikulasi dalam aliran perakaunan/ akaun. Mempunyai pilihan untuk ke Tingkatan Enam (STPM) namun menolak kerana merasakan pilihan ke asasi adalah pilhan yang terbaik. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak menamatkan asasi walaupun ada dugaan yang sangat besar sehingga merasakan hendak 'give up' je. Nampak sangat tak kuat. Haha. Dan sekarang menunggu panggilan dari UiTM untuk melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah pula. Semoga semuanya berjalan dengan baik. Amin.

Mempunyai personaliti yang sukar untuk didescribekan. Namun rasanya I'm quite simple. Just simple. Merupakan seorang gadis yang bertudung dan berusaha untuk menjadi seorang muslimah. Insya-Allah.
Mempunyai keluarga yang bahagia iaitu disamping Abah, Umie, Angah, Ayunee, Mat, Aqiem dan Mawaddah. Berharap mereka bersama-sama Shira juga di akhirat mahupun di syurga nanti. Ya Allah, makbulkanlah permintaanku ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Itulah serba sedikit about me. By the way, boleh follow me on Twitter jugak. Insya-Allah Shira akan follow korang balik. Assalamualaikum .


Me in red. Not awesome. Lol.